Tuesday 11 June 2013

Pantang Larang Semasa Tempoh Penyusuan

Pantang Larang Semasa Tempoh Penyusuan

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sudah tentulah menginginkan bekalan susu sentiasa cukup untuk anak mereka. Bagi memastikan susu sentiasa cukup ibu boleh kenal pasti beberapa perkara ini untuk membantu.

1. Tidak mengepam atas alasan breast tidak bengkak : TOLONGLAH JANGAN!!! ingat konsep penyusuan "SUPPLY VS DEMAND" Seboleh-bolehnya ibu mesti ada jadual mengosongkan breast secara konsisten sekurang-kurangnya 2 hingga 3jam sekali. Tidak kiralah sama ada mengepam atau secara direct (bagi pada baby).

2. Pengambilan minumam bergas dan berais : minuman ini tinggi kandungan gula dan kalori, jangka masa panjang boleh memudaratkan tubuh badan dan kesihatan ibu. Apabila ibu sakit, mampukah untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti ? dan minuman berais pula boleh menyebabkan urat kecut ini boleh mengganggu penghasilan susu ibu juga.

3. Pengambilan minuman berkafein : kafein mampu memusnahkan vitamin b dan vitamin c dalam badan ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka memerlukan kedua-dua vitamin ini bagi memastikan emosi dan mood sentiasa dalam keaadaan positif. Percaya atau tidak emosi yang stabil juga adalah faktor yang menyumbang kepada penghasilan susu ibu.

4. Pengambilan supplemen khas untuk diet : bagi ibu-ibu yang menyusukan anak yang ingin menurunkan berat badan biarlah secara sihat..jangan mengambil supplemen yang menyekat selera makan dan mempunyai pantang larang memakan makanan-makanan tertentu..jika ibu-ibu diet dan kurang makan dalam masa yang sama menyusukan anak, mana datangnya khasiat dan nutrisi yang perlu disalurkan ke dalama susu ibu ? (jika ingin berdiet pilihlah diet secara sihat dan supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu)

5. Banyak merungut : penyusuan susu ibu memerlukan pengorbanan..bersyukurlah kerana ibu mampu untuk menyusukan anak dengan susu ibu..jangan merungut dan mengeluh susu sikit, susu kurang, susu tak pekat dan macam-macam lagi..BERSYUKUR disini membawa maksud kita REDHA dengan apa yang ALLAH bagi..dalam masa yang sama kita cuba memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan.

Mudah-mudahan info ini membantu.. In Shaa Allah..

Happy Breastfeeding !!!


Nak dapatkan lebih tips....dan Vitamin untuk ibu menyusu
Dapatkan nya di
SWEET NAZAINIK VITAMIN (888849)
SMS : 017-736 5676
EMAIL : aushu_26@yahoo.com


No comments: