Tuesday 31 December 2013

Set Jeragat

Masalah jeragat timbul akibat daripada kekurangan nutrien kepada kulit disebabkan faktor usia,perubahan hormon dan persekitaran. Oleh itu dalam merawat masalah jerawat,bintik hitam,tompok hitam perkara yang asas yang perlu dilakukan adalah merawat secara dalam dan luaran. Ini penting,kerana jeragat tidak akan hilang atau lambat hilang dengan hanya melakukan rawatan secara luaran sahaja dengan memakai pelbagai jenis krim dan pelembab sahaja.

Ramai antara kita lebih rela berhabis ribuan ringgit untuk kulit lebih cantik melalui rawatan luar sahaja. Hakikatnya, segala-galanya apa yang kita makan akan menghasilkan diri kita dalaman - luaran.

Jeragat : tidak berbahaya namun menyebabkan muka individu kusam dan kotor


Ingin saya berkongsi supplement & skin care yang dapat membantu menghilangkan jeragat. Ianya kombinasi ESP, GLA Complex & Nutriwhite Spot whitening.


.
GLA Complex

Kelebihan GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.. Keistimewaan GLA Complex Shaklee ia mengandungi kombinasi minyak borage. Ia kaya dgn asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia membantu menghasilkan kulit lebih sekata, lebih lembab dan mengurangkan jeragat sekaligus membuat kulit wajah lebih ‘glowing’. Disamping melegakan masalah senggugut, membantu mengawal kitaran haid yang teratur, ia juga membantu membuat tubuh anda lebih langsing. Untuk wanita-wanita yang pentingkan kesihatan, GLA Complex antara supplement yang mesti masuk dalam list anda. Rakan-rakan yang selama ini ambil EPO, boleh juga bertukar ke GLA Complex. Kenapa.... pendapat saya, GLA Complex lebih baik dari EPO (statement kontroversi?). Anda boleh baca Perbezaan EPO & Borage Oil (GLA). GLA mampu menangani masalah berkaitan kulit dan bukan sekadar masaalah eczema. ia juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerik, berkuping, bersisik.

ESP 

Secara ringkasnya ESP adalah protein, yang mana protein adalah asas kepada sel. Protein bertindak membina sel yang sihat/'repair' sel-sel badan yang rosak. Jika sel mendapat makanan yang cukup, kulit akan terhasil cantik dan sihat. Dan paling penting, Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. Ia member tenaga berpanjagan menjadikan badan kurang letih dan sihat. Isoflavon perangsang KOLEGEN yang mana menanjalkan kulit, memperlahankan kedutan, serta menganjalkan payudara. ESP juga member rasa kenyang lebih lama yang mana membantu mengurangkan berat badan. Ianya juga mengawal paras kolestrol, menyokong kesihatan jantung serta prostat. 

Shaklee Spot Whitening Treatment 
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
Cats Claw menegangkan kulit
Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

whatsapp/sms/wechat
019-771 3487
Aini
SID : 888849
Email : aushu_26@yahoo.com


Wednesday 18 December 2013

33 Petua dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat

33 Petua dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Monday 16 December 2013

CoQ Health Plus Shaklee


CoQ Health Plus Shaklee

Apa itu CoQ Health?
  1. Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel. 
  2. Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser, antioksida. Membantu menguatkan akar rambut.
  3. Ekstrak Teh Hjau - antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vit E dan C - untuk kulit, rambut. Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. Memberi manfaat ukt kesihatan gusi.1 kapsul CoQHealth= 28 cawan brokoli.

Manfaat Utama
  • Kesihatan Jantung-Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan jantung 
  • Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
  • Penyakit Gusi
  • Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
  • Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan
  • Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki
  • Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  • Penting untuk kesihatan ginjal
  • Membantu merawat migrain.
  • Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
  • Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.

Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

Cara pengambilan
1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.

Kenapa COQ10 Shaklee istimewa?
Gabungan Con enzim, vit e dan ekstrak teh hijau memantapkan fungsinya untuk menghapuskan/mengoksidakan kolesterol jahat LDL
semestinya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Gejala kekurangan CoQ 10

Penghasilan CoQ 10 adalah sangat terhad dalam badan. Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut:

riboflavin (B2),
niacinamide (B3),
asid Pantothenic (B5),
pyridoxine (B6),
cobalamin (B12),
asid folik,
vitamin C,
dan banyak unsur-unsur surih yang lain.

Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks co-enzim Q10 boleh diganggu. Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis co-enzim Q10.

Tanda-tanda kekurangan co-enzim Q10 termasuk: -

- Kegagalan jantung kongestif
- Tekanan darah tinggi
- Angin
- Prolaps injap mitral
- Strok
- Jantung aritmia, - cardiomyopathies
- Kekurangan tenaga
- Gingivitis
- Dan kelemahan umum sistem imun.

Co-enzim Q10 terlibat dalam pengeluaran tenaga. Kekurangan CoQ10 memberi kesan kepada jantung dan sistem kardiovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga. Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan jantung kongestif adalah disebabkan kekurang co-enzim Co Q10.

whatsapp/sms/pm/wechat
019-771 3487
Aini

Thursday 12 December 2013

Ostematrix

Ostematrix-Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis
  • Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan
Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.


KESIMPULANNYA

Jika anda adalah seorang yang mudah STRESS, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda denganOstematrix.

Jika anda seoarang pengidap BUASIR tegar dan sering mengalami kesakitan atau sembelit setiapkali membuang air besar,Ostematrix menbantu anda dari terus dibelenggu kisah Ngeri itu.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering KELETIHAN,ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
Jika anda seorang IBU MENGANDUNG, ostematrixmembantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang IBU YANG MENYUSUKAN anak,ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang WANITA dan LELAKI, ostematrixmembantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah OBESITI (berat badan berlebihan), anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda

whatsapp /sms/wechat
019-771 3487
Aini
SID : 888849

Tuesday 10 December 2013

Long Lasting Finishing Spray

 Long Lasting Finishing Spray


  1. "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah 
  2. Memberikan perlindungan UV 
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.

whatsapp/sms/wechat
Aini
019-771 3487
Email : aushu_26@yahoo.com
SID : 888849


Purifying Shampoo


  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain 
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut 
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

whatsapp/sms/wechat
Aini
019-771 3487
Email : aushu_26@yahoo.com
SID : 888849


Revitalizing Shampoo


  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut 
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten 
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

whatsapp/sms/wechat
Aini
019-771 3487
Email : aushu_26@yahoo.com
SID : 888849

Replenishing Conditioner


  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera 
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang 
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

whatsapp/sms/wechat
Aini
019-771 3487
Email : aushu_26@yahoo.com
SID : 888849

Lightweight Conditioner


  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit 
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat 
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

whatsapp/sms/wechat
Aini
019-771 3487
Email : aushu_26@yahoo.com
SID : 888849

Nourishing Scalp Treatment



Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

whatsapp/sms/wechat
Aini
019-771 3487
Email : aushu_26@yahoo.com
SID : 888849

Soft Fabric Concentrate

Melembutkan Pakaian

Pekatan Pelembut Fabrik (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.
Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns berupaya melembutkan 64 cucian
Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal pelekat static dengan semulajadi
Mudah dibawa, dituang dan disimpan

Perbezaan Shaklee
  • Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa gas beracun
  • pH yang seimbang

Berkesan
  • Berpekatan tinggi – bagi 64 cucian
  • Hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian
  • Kurangkan kedutan dan kesan statik
Mesra Alam
  • Ramuan Semulajadi
  • Tanpa Fosfat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentangan

Petua berguna

Gunakan Pekatan Pelembut Fabrik untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.

Ujian prestasi tersebut dijalankan pada 20hb Jun 2006 dan hanya sah terhadap produk tersebut yang dipasarkan pada masa itu.

Sms/whatsapp/wechat
019-771 3487
Aini 888849
Your Shaklee Ind Dist.


Dish Wash Concentrate

Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Cucian Tangan

Jika kami sering mengatakan yang Pencuci Wangian Pinggan kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda berfikiran yang ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda. Tetapi percayalah, anda hanya memerlukan beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.

Get Clean Dish Wash ternyata:
  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • Tahan lama kerana kepekatannya
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


Perbezaan Shaklee

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih Sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

SMS/whatsapp/wechat
019-771 3487
Aini


Fresh Laundry Concentrate

Formula Semulajadi untuk Pakaian Yang Lebih Bersih

Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?. Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tahukah Anda?

Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.

Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee

  • Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa Klorin
  • Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • 1 aun sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
  • Keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu, sama ada air sejuk atau panas
  • Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebeoh cerah berseri
  • Mesra Alam
  • Ramun Semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biorosot
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Your Shaklee Ind Dist.
SMS/wechat/whatsapp
019-771 3487
Aini
SID : 888849


Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan

Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah

Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak

Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk
  • Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
  • Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
  • Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
  • Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee


  1. Selamat
  2. Tidak bertoksik
  3. Tanpa gas beracun
  4. Tanpa bahan kimia berbahaya
  5. Tanpa bahan pewangi
  6. Lembut pada tangan
  7. pH seimbang
  8. Tanpa klorin
  9. Berkesan
  10. Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  11. Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  12. Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  13. Mesra Alam
  14. Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  15. Biorosot
  16. Tanpa fosfat
  17. Bungkusan yang boleh kitar semula
  18. Tanpa bahan pewarna
  19. Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


your shaklee ind.dist
whatsapp/wechat/sms/
019-771 3487
Aini
Sid: 888849


GET CLEAN® WATER

MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa (Sangat suka ciri ini-nak gi berkelah pun saya boleh bawa Water Pitcher pasni..hehe.. i likeeeee u!)
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak (Ni juga salah satu sebab saya nak...saya macam tak sempat jer nak masak air dan sejukkan pada suhu bilik untuk kegunaan harian tiap2 hari)
So buat mereka yang NAK PENAPIS AIR dengan BAJET RENDAH, MUDAH dan RINGKAS untuk diguna pakai..nak CUCI MUDAH, TUKAR FILTER MUDAH..boleh la dapatkan GET CLEAN® WATER ni dari saya ye. Jangan tunggu-tunggu lagi..peruntukkan sedikit wang jika ianya dalam kemampuan anda untuk miliki penapis air ini. Tak mahal mana pun berbanding hari2 nak kena beli air mineral dalam botol tu.Berminat untuk punyai Get Clean Water ni di rumah anda?? Jangan segan-segan hubungi saya ye.. ;)




Get Clean Water Pitcher Shaklee

AIR YANG LEBIH BERSIH DAN SIHAT DATANG HANYA DARI SEBUAH JUG AIR!!

KEISTIMEWAAN Get Clean Water Pitcher Shaklee

☑ SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

☑PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

☑HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

☑MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


RISIKO MEMINUM AIR TERCEMAR

Bahan beracun & berbahaya hasil produk sampingan
**boleh menyebabkan masalah hati,buah pinggang @ pusat kawalatur saraf

Logam Berat
**boleh menyebabkan tahap IQ rendah,lembab dlm pelajaran,tumbesaran tidak sihat

Pencemaran Pertanian
**menyebabkan masalah kesuburan

Pencemaran industri

**meningkatkan risiko kanser

Shaklee Get Clean Water Pitcher merupakan jug yg canggih, mudah diguna dan senang nak bawa kemana-mana.

Mula diperkenalkan pada 2011..sekali pandang macam heater air biasakan?? Sangat mudah tak perlu nak sambung bekalan elektrik…tapi ia bukan macam heater biasa kat rumah yee…ia water pitcher ringkas, mesra alam, selamat & berkualiti.


water pitcher shaklee

Kelebihan Water Pitcher ni..

- boleh menuras kandungan air sehingga 303 litter air / 80 galen air / 600 botol minuman mineral untuk setiap satu blok penuras.

- blok penuras oleh ditukar sekiranya mencapai 303 litter air / apabila mencecah jangka masa penggunaan setiap 4 bulan (mana yg capai lebih awal)

- tak perlu nak pasang pada sinki macam water filter yg lain2 tu…jimat & harga lebih rendah daripada jenama yg lain.


filter water pitcher


sebelum & selepas mengguna water pitcher

TAHUKAH ANDA??

- kualiti air dinegara kita ini boleh dikatakan kurang bersih.Walaupun nampak jernih tapi kandungannya kita tak tau. kadangkala terdapat plumbum,sisa kilang, klorin dll. yg membahayakan tanpa kita sedari.

- kalau beli diluar contoh dimesin2 vendor / air tekan2 tu belum tentu tahap kebersihannya terjamin.

- masa & tenaga juga terbuang.

- alat ganti yg mudah diperolehi diagen2 sah shaklee nak lebih mudah beli terus dengan saya.

Yang Paling best ialah Water Pitcher ni ada meter auto. Bila sampai masa utk tukar penuras ia akan ditunjukkan pada meter.


utk pertama kali guna/setiap kali menukar filter baru laraskan ke aras SET



bila sampai 80oz bermakna masa utk tukar penuras, ia akan tunjuk ‘REPLACE’..& reset kembali bila selesai menukar penuras..mudahkan..

So pada anda yang inginkan Jug Ajaib yg ringkas,mudah & jimat boleh dapatkan sekarang. Peruntukkan sedikit wang anda untuk kesihatan yg berpanjangan…jika dibandingkan dengan penapis yg agak mahal dipasaran.

Pada anda yg sukakan air sejuk…Jug ni boleh disimpan didalam peti sejuk….segarkan…..

nak harga murah
hubungi la kami
whatsapp/wechat/sms---aini
019-771 3487
nak beli sendiri pun boleh guna la id saya
SID : 888849


Monday 9 December 2013

Testimoni Vitamin C shaklee 500mg

customer ni berusaha untuk mendapatkan zuriat...die mempunyai masalah cyst dan telah dibuang cyst tersebut, mengamalkan diet untuk turunkan berat badan dan mengamalkan vitamin shaklee sebagai suppliment iaitu VITALEA + VIT C & VIT B...

customer dibawah pula mengamalkan VITAMIN C UNTUK KECANTIKAN KULIT


customer dibawah mengamalkan VITAMIN E DAN VITAMIN C untuk merawat kulit muka yang tak bermaya....

customer dibawah ni pulak megamalkan masker Vitamin C pada kulit muka wajah nya...hasilnya pori mengecil,muka lebih tegang dan kulit lebih lembut......

customer ni makan VITALEA,VIT B, n VIT C semasa mengandung....siap bawak gi jumpa doc lagi....doc pun bagi makan suppliment shaklee....bila dah amik vitamin shaklee tak payah la makan obimin lagi..



hebatkan penagan vitamin c ni..
setiap individu lain-lain result

untuk maklumat lanjut atau ingin mendapatkan vitamin c boleh la hubungi saya
Whatsapp / wechat/ sms : 019-771 3487
Aini
kini lebih yakin dengan shaklee

Vitamin C Sustain Release 500mg



APAKAH MANFAAT UTAMA VITAMIN C SHAKLEE?


★ Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

★ Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

★ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

★ Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

★ Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

★ Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

★ Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

APAKAH SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C?

Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar Luka yang lambat sembuh
Mudah selsema / bersin
Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
Mudah dapat ulser
Mudah demam / antibodi tak kuat
Gusi berdarah
Salur darah mengecil
Sakit sendi
Tanda lebam pada badan
Weight loss (bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)

PERBEZAAN SHAKLEE (DENGAN VITAMIN C YANG ADA DI PASARAN)

Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.

Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.

Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)

Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah

Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

SIAPA PERLUKAN VITAMIN C?

Perokok
Orang yang mudah stress (stress akan memusnahkan vitamin D dalam badan)
Orang yang makan pil perancang (pil perancang juga akan serap vitamin C dan akibatnya vitamin C cepat musnah dalam badan)
Orang yang nak cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit
Semua orang yang inginkan kesihatan yang baik sebab vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan. Sebab tu dalam set family wellness ada termasuk vitamin C antara vitamin yang perlu diambil untuk semua orang kerana vitamin C bersifat larut air.


AMARAN!
1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C!
Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan vitamin C
Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan vitamin c yang banyak
Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit TAHUKAH ANDA??

Tahukah anda?

Haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg vitamin c sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula, vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C tidak memberi kesan toksik. 

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. Tetapi kandungan vitamin C tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Kesimpulannya, pilihan saya tentulan Sustained Release Vita C 500mg dari Shaklee. Ianya berkesan, semulajadi dan halal!

Untuk order atau ingin mengetahui sebarang pertanyaan sila hubungi
Sweet Nazainik Vitamin
SID : 888849
Wechat/Whasapp/ SMS : 019- 771 3487 - Aini