Tuesday 21 January 2014

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

whatsapp/sms/wechat
019-771 3487
Aini
kini hidup lebih ceria dengan shaklee

Wednesday 8 January 2014

EKSPERIMEN LECITHIN DAN ALFALFA

EKSPERIMEN LECITHIN DAN ALFALFA

Pernah tengok eksperimen macam mana lecithin mengemulsikan minyak .Tapi musykil macam mana alfalfa pulak membantu proses penyingkiran lemak.

Step 1
Sediakan sebijik tupperware/ clear container. Then isi air separuh bekas.pastu tuang minyak masak sampai 3/4 bekas air; macam ni..



Step 2
Pecahkan 2 biji lecihin ke dalam solution tadi. Jadik macam ni. Nampak tak tompok oren tu? Tu lecithin yabg dipecahkan



step 3
Godakkan campuran di atas selama 15- 30 saat..ia jadi macam ni. Sorry mama lupa zoom plak..huhuhu. nampak tak lapisan minyak tu dah jadi tompokan minyak? Kenapa ye? Sebab tugas lecithin adalah untuk emulsikan lemak. Tapi emulsikan lemak macam mana? Cuba bandingkan gambar dalam step 3 dengan step 1. Beza tak? Yang kat gambar atas tu…nampak clear oil sheen. Yang kat bawah ni plak..nampak tak minyak nyer bertompok2 @ blotted..mcm minyak bila gulai ikan pecah minyak bak kata orang utara. Mcm tu la jadi dalam badan kita bila lecithin bertindak. Macam mana lemak ni keluar? Melalui air besar la…sebab tu kebanyakan yang ambil lecithin komen..najis nyer nampak oily. Nak power lagi? Tambah pengambilan serat dalam diet. Selain daripada buah & sayur..sebab tu mama nak suggest alfalfa. Kenapa ye? Tengok kat bawah ni Step 4.



Step 4
Ada alfalfa? Masukkan 3 biji alfalfa ke dalam campuran di atas. Godakkan dalam 5 minit. Pastu tengok apa jadi. Mama & Syafi pon terkejut bila kami wst keja gila ni….so mak jemah gitu….suprisingly; blotted oil tu jadik macam minyak beku you all…ada sebahagian minyak yang berkumpul dengan alfalfa lagi…padanlah lawas benor bila telan alfalfa ni…..sungguh detoks gitu….sebab tu alfalfa bagus untuk detoks.



So you all, guano..mantap tsk alfalfa & lecithin….yang penting sihat dan selamat…you all tahu berat yang hilang dari lemak…bukannya otot….mahal ke? Eh murah jer …dalam rm70 jer sebulan….mahal ker untuk sihat? Bukan setakat untuk kurangkan berat, mengurangkan risiko darah tinggi jugak tau.


whatsapp/sms/wechat
019-771 3487
Aini
aushu_26@yahoo.com

Tuesday 7 January 2014

Info Migrain

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  1. Sakit kepala kerana tekanan
  2. Sakit kepala kerana sinus
  3. Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  1. Kekurangan zat dan nutrisi
  2. Faktor keturunan
  3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  5. Terlalu banyak mengambil kafein
  6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

vitamin yang dicadangkan adalah vitamin B complex dan Ostematrix

klik untuk besarkan image

untuk maklumat lanjut sila hubungi aini di
019-771 3487 - whatsapp/wechat/sms
aushu_26@yahoo.com

Set Migrain

Migrain ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang. Pesakit migrain sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.

Sebab-sebab gaya hidup mungkin punca utama migrain
§ Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain
§ Pemakanan yang tidak seimbang
§ Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)
§ Bunyi dan bau kuat.
§ Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.
§ Tekanan emosi atau stres
§ Merokok
§ Jantina (3 – 4 kali lebih kerap di hidapi wanita berbanding lelaki)
§ Ketidakseimbangan hormon ketika dating haid (bagi wanita).

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.
Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.

Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Penemuan terbaru juga mengatakan ia mungkin disebabkan genetik.

Bila migrain datang, pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit yang agak teruk, dos dadah yang lebih tinggi diberikan agar dapat melalikan sistem badan mereka daripada kesakitan yang ditanggung.

Oleh itu, adalah lebih baik pesakit memilih cara alternatif untuk mengatasi masalah migrainnya. Pengambilan supplemen natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa pengambilan supplemen lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. Pengambilan ubat (dadah) yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan badan.

Mari kita lihat supplemen yang disyorkan untuk mengatasi migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.

Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.


Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.

Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.




untuk maklumat lanjut dan ingin membuat tempahan 
sila hubungi Aini
019-771 3487
sms/whatsapp/wechat/
email pun boleh 
aushu_26@yahoo.com

Sunday 5 January 2014

Supplemen Untuk Resdung/Asma/Ekzema/Alergi


Supplemen Cadangan Untuk Resdung/Asma/Ekzema/Alergi


Pelbagai gejala yang boleh mengundang penyakit resdung, asma, ekzema dan alahan.. Samada ia berpunca dari pengambilan ubat oleh ibu ketika dia mengandung ataupun oleh kerana penyakit keturunan. Malahan, penyakit ini, semakin diburukkan lagi dengan cuaca yang tidak menentu dan persekitaran yang udaranya tercemar.. Di dalam supplemen cadangan untuk mereka yang mengidap resdung, asma, ekzema dan alahan ini, terdapat 3 jenis vitamin asas, iaitu,

1. B-Complex
  1. Ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga, membantu masalah penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
  2. Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  3. Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang-tulang
  4. Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  5. Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian
  6. Mencegah anemia
  7. Merawat sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darah atau laut.
  8. Meredakan senggugut, kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman
  9. Mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau
  10. Meredakan alahan

2. Vitamin C
  1. Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  2. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah, lebam pada kulit, pemulihan kecederaan menjadi lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  3. Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma. Juga membantu menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema
  4. Antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita
  5. Ia membantu mencantikkan kulit, mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah punca utama kejadian jeragat
  6. Ia membantu memperbaiki insomnia, stress
  7. Ia membantu mengekalkan kolesterol sihat, mengurangkan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi

3. Alfalfa Complex

  1. Alfalfa dikenali sebagai “Raja segala Tumbuhan.” Ia merupakan tumbuhan yang kaya dengan dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia mempunyai banyak khasiat, buat wanita, terutamanya;
  2. Mengatasi masalah keputihan
  3. mengetatkan vagina
  4. mengurangkan masalah sembeli
  5. bertindak sebagai milk booster
  6. Ia adalah makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
  7. Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air
  8. Menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  9. Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  10. Melegakan sakit atritis dan kesakitan
  11. dan banyak lagi
whatsapp/sms/wechat
019-771 3487
Aini
your shaklee ind dist
888849