Thursday 7 November 2013

Diabetis (kencing manis)

BAGAIMANA KENALI TANDA-TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA

Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.

Tanda-Tanda Diabetes:

1. Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti:-
- Kulit
- Gusi
- Jangkitan pundi kencing
2. Penglihatan yang semakin kabur
3. Luka lambat sembuh
5. Parut luka berwarna kehitam-hitaman
4. Rasa kebas di tangan atau kaki
5. Tekanan darah tinggi mula hadir
6. Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan
otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlahhormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:

1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.
2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa






Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
- Adik beradik kepada pesakit diabetes
- Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
- Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
- Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
- Individu yang tindak bersenam
- Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun


Pencegahan Diabetes Melitus
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:



1. PEMAKANAN SIHAT
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta
mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan
20 minit bagi setiap sesi dan bertambah
menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN
Lakukan pemeriksaan doktor apabila
anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk
menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi
dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya
penyakit diabetes dalam tubuh.

untuk mendapatkan vitamin untuk kawalan kencing manis
sila hubungi saya di
017-736 5676 / 019-771 3487
saya ada pengedar shaklee yang sah 
anda akan diberikan harga yang murah dan konsultasi secara percuma jika anda beli bersama kami.



No comments: