Tuesday, 10 December 2013

Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan

Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah

Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak

Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
  • Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk
  • Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
  • Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
  • Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
  • Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee


  1. Selamat
  2. Tidak bertoksik
  3. Tanpa gas beracun
  4. Tanpa bahan kimia berbahaya
  5. Tanpa bahan pewangi
  6. Lembut pada tangan
  7. pH seimbang
  8. Tanpa klorin
  9. Berkesan
  10. Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  11. Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  12. Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  13. Mesra Alam
  14. Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  15. Biorosot
  16. Tanpa fosfat
  17. Bungkusan yang boleh kitar semula
  18. Tanpa bahan pewarna
  19. Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


your shaklee ind.dist
whatsapp/wechat/sms/
019-771 3487
Aini
Sid: 888849


Post a Comment