Wednesday 18 February 2015

Apa itu Anemia atau Hemoglobin

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Tiga kelas anemia yang utama termasuk:

kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).

Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.

Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan, antara lain.

Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah, [1] serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati (min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal membenarkan seseorang doktor untuk mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih cepat.


Simptom dan tanda Anemia

Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di manaoutput jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantungboleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.

Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), dengan itu bukanlah merupakan tanda yang pasti.

Diagnosis

Satu-satu cara mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah, yakni satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.

Kekadangnya, ujian lain diperlu untuk membezakan lagi sebab-sebab anemia. Ini dibincangkan bersama dengan diagnosis pembezaan (bawah). Doktor mungkin juga memutuskan membuat ujian darah penyaringan yang lain untuk menentukan sebab keletihan, tahap-tahap glukosa, kadar pemendapan eritrosit, feritin, ujian fungsi renal serta elektrolitmungkin menjadi sebahagian daripada kajian diagnosis intensif. Tanda-tanda yang senang dikenalpasti bagi pesakit anemia antaranya adalah:

Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pendek nafas apabila melakukan senaman.. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak. Angina pektoris iaitu suatu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi. Palpitasi, iaitu suatu keadaan apabila denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan; dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit demam kuning (jaundis) terjadi bagi kes anemia hemolitik .

Vitamin yang membantu mengawal anemia atau hemoglobin ini adalah Vitalea

Di dalam vitalea mengandungi

Zat besi yang membantu mencegah Anemia yang sering dialami oleh wanita hamil.

Zat besi juga disokong oleh cooper yang membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin.

Asid folic yang membantu merangsang sel darah merah dan megurangkan resiko anemia.

Mengandungi Vitamin B1,B2,B3,B6,B12,B5 yang mampu merangsang peredaran darah ,membantu tumbesaran fetus,menambahkan tenaga,sebagai penenang,mengurangkan migrain,baik juga untuk kesihatan otak dan kekuatan fizikal.

Vitamin B di sokong oleh BIOTIN yang membantu B complex berfungsi lebih aktif. Biotin juga mampu mencegah rabun,rambut beruban dan gugur,diabetis,sakit otot,ekzema dan radang kulit.

Vitalea merupakan pelengkap nutrisi dalam diet seharian. 

Ujian klinikal telah membuktikan bahawa pangambilan Vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Vitalea telah di pilih sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam public interest pada tahun 2000



Sweet Nazainik Vitamin
SID : 888849
019-771 3487
IG : Nazainik
Email : aushu_26@yahoo.com
FB : Nuraini Kamaruzzaman


No comments: