Tuesday 11 June 2013

Tips untuk meningkatkan penghasilan susu

Tips untuk meningkatkan penghasilan susu

  1. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa.
  2. Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang.
  3. Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping.
  4. Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri.
  5. Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi.
  6. Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan.
  7. Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan.
  8. Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan.Bayi yang kenyang akan kurang minum susu.
  9. Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu.
  10. Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.
  11. Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu.Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok.
  12. Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang. Jimatkan masa dengan menggunakan hands-free.
  13. Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi.Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.
  15. Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. 
  16. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu. Menurut Pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari.Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.
  17. Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;) 
  18. Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda. 
  19. Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya. 
  20. Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.
Para-para ibu sekalian....susukan lah anak anda sehingga umur mereka 2 tahun.......
bagi kesihatan yang optimum pada anak anda......
Ingat apa yang anda makan.....anak anda pun makan......
TAPI cukup kah nutrisi yang anda bagi pada anak anda.......

Dapatkan Vitamin dengan harga Super Duper murah di
SWEET NAZAINIK VITAMIN (888849) 
SMS :017-736 5676
EMAIL : aushu_26@yahoo.com
KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN PADA ANDA.....






No comments: