Tuesday 28 May 2013

Nutrisi semasa hamil dan semasa penyusuan....

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan proses penyusuan.
Tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein
Diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folic 
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

kalsium 
Kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3
Dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

No comments: